Sebagai pendahuluan, Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli .Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat .
Malaysia seperti negara lain yang ingin mencapai kemajuan dan negara kita sedang menuju negara maju berdasarkan Wawasan 2020 . Oleh itu untuk mencapai impian ini negara mestilah menyatupadukan semua kaum dengan melaksanakan pelbagai dasar seperti Rukun Negara , Dasar Pendidikan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan , Dasar Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan Dasar Pembangunan Negara.Justeru itu semua kaum di Malaysia diwajibkan memahimi , menerima , menghormati dan mengamalkan nilai hidup dan identity yang sama bagi membentuk rakyat yang sama selaras dengan impian konsep 1Malaysia.
KEPENTINGAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang terdiri dari kaum Melayu , kaum Cina dan kaum India . Kaum-kaum ini juaga terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan etnik yang tersendiri. Kaum Melayu terdiri daripada etnik Jawa. Bugis , Rawa , Banjar yang datang dari kepulauan Indonesia. Manakala kaum Cina terdiri daripada etnik Kwangsi, Hakka, Hokkien , Kantonis, Teochew dan Hainan. Bagi kaum India pula mereka terdiri dari kasta Maruthuvar,Vanniyar ,Thevar ,Nadar ,Yadhavar dan Adhi Dravidar. Kesemua etnik ini mempunyai bahasa yang berbeza dan cara hidup yang berbeza.
Oleh itu kerajaan mestilah berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . Lantaran itu Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah menekankan tentang pentingnya perpaduan kaum atau integrasi kaum di negara ini diperkukuhkan melalui slogannya iaitu ‘Satu Malaysia’ dengan perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati sesama kaum.
CABARAN INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka, perkauman , etnosentrisme , sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa perpecahan antara kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanak Melayu dulu.
Sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri menjadi penghalang kepada perpaduan antara kaumdan bercorak generalisasi dan stereotaip di atas bukti-bukti yang tidak kukuh. Masalah prasangka buruk antara kaum ini bermula dari Era Penjajahan British yang menjalankan pemerintahan Dasar Pecah dan Belah yang telah menjarakkan perpaduan antara kaum. Begitu juga Era Pendudukan Jepun yang telah mengamalkan sikap berat sebelah dengan semangat anti-Cina telah memberi peluang kepada kaum Melayu membabitkan diri dalam bidang perniagaan keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kaum Cina . Setelah Jepun menyerah kalah kaum Cina telah mengambil tindakan dengan membalas dendam kepada kaum Melayu ,kesannya berlakulah pergaduhan antara kaum.
Manakala perkauman pula merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik sendiri dalam bidang politik ,ekonomi dan sosial atau kebudayaan dimana satu-satu etnik memntingkan kaumnya sendiri. Sikap perkauman ini boleh menwujudkan hubungan yang tegang dan menjarakkan sosial antara individu. Sikap perkauman ini boleh menghalang perpaduan rakyat sekali gus merencatkan kemajuan negara. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa unsure-unsur budaya sendiri adalah yang terbaik dari budaya etnik lain. Sikap ini menghalang interaksi dan pergaulan yang luas antara kaum dan etnik.
Kedudukan geografi juga mempengaruhi masalah integrasi kaum dan hubungan etnik kerana jarak yang jauh menyukarkan perhubungan dan sukar mengenali etnik lain. Sebagai contoh kedudukan Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan Semenanjung Malaysia sukar untuk berhubung dan ia boleh menimbulkan prasangka antara kaum dan etnik.